Assalamualaikum.. Hari ni Abang K nak bawak ke pantai di Bachok Kelantan iaitu di Kampung Kubang Golok. Pantai yang menarik di Kelantan ini terletak di atas tanah persendirian “Private Beach”. Pantai ini akan mula dibuka kepada orang ramai pada 10 Mac 2022. Bayaran untuk masuk ke sini adalah mengikut kategori: Kereta 5.00 Motosikal 2.00 Individu 1.00 Pondok Rumbia 15.00 Pondok Besar Separuh Hari 30.00 Pondok Kecil Separuh Hari 20.00 Separuh Hari Lokasi Pantai Tapang Kubang Golok. Tonton juga video penuh Pantai Tapang yang dirakam oleh Dron Lawati serta Blog Addashuk.Bagi anda yang ingin berkunjung ke Pantai Tapang Kubang Golok Bachok Kelantan, anda mesti singgah membeli Ikan Bekok Kak Ani dalam perjalanan ke Pantai Tapang. . Lokasi rumah Kak Ani hanya 500 meter dari Pantai Tapang. Sedap betul ikan bekok kak Ani. Abang K pernah rasa ikan bengkok sebelum ini. Memang sedap, tidak masin dan tidak berbau. Untuk ke rumah Sis Ani boleh gunakan pautan GPS di bawah: So, kalau datang bercuti di Kelantan memang rugi kalau tak pergi ke tempat menarik di Kelantan ni iaitu Pantai Tapang, ada yang call. pantai ini sudut Pantai Maldives Kelantan. Pantai ini sangat bersih dan selesa, sesuai untuk membawa kanak-kanak dan keluarga berehat. so guys… Jangan lupa datang sendiri ke salah satu pantai di Bachok iaitu Pantai Tapang Kubang Golok untuk melihat sendiri keindahan suasana pantai yang indah di Kelantan.
SUMBER VIDEO
previous post
10 comments
tak pernah pergi lagi pantai ni…cantik pantainya
Ada kedai makan tak kt sini?
Video ni waktu pagi ke petang ?
Assalammualaikum .. agak2 grab boleh sampai tak?
Kena bayar brpa nk msuk pantai ni tuan?
Boleh pasang khemah tak sini utk camping….cantik sgt
Terbaikkkkk. Cantikkkkkk
koho ramai doh pantai ni…Terbaik Shuk!
Pemandangan pantai yang sangat indah dan menarik.
Nice video my friend. New subscriber here. Thanks.
Comments are closed.