Suara biasa, tak cantik - Najwa Latif enggan masuk pertandingan

Suara biasa, tak cantik – Najwa Latif enggan masuk pertandingan

Rate info.4d5d6d.com

PETALING JAYA – Penyanyi Najwa Latif mengakui tidak akan menyertai mana-mana pertandingan nyanyian kerana menyedari kemampuan diri.

Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 27, selain tahap vokalnya, dia juga melihat dirinya tidak mempunyai pakej lengkap seperti peserta yang menyertai mana-mana pertandingan nyanyian.

“Saya pernah ditanya soalan ini sebelum ini dan akan menjawabnya semula. Besar kemungkinan saya tidak akan menyertai mana-mana pertandingan.

“Saya sedar suara rata-rata (biasa) dan pakej yang saya ada jauh ketinggalan berbanding penyanyi lain,” katanya.

Tambah penyanyi lagu Cinta Muka Buku ini, kalah dari aspek penampilan ialah mengenai tahap penampilan dan cara bergaul dengan individu lain.

“Saya tidak cantik seperti penyanyi lain. Tidak bergaya dan tidak pandai bergaul.

“Jadi, saya sedar diri dan lebih baik tidak bertanding. Cuma bercakap tentang diri sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pengikut Instagramnya yang mempersoalkan bilakah dia akan menyertai program Gegar Vaganza (GV).

“Najwa bila nak masuk GV?” tanya seorang netizen.

Untuk info, Najwa pernah meletop menerusi lagu Carta Hati dan Sahabat.

Beliau juga pernah dilabel sebagai perintis Budak-Budak Baru Nak Up (BBNU).- KOSMO! DALAM TALIAN





BACA SUMBER ARTIKEL