Sebuah lori yang membawa muatan sawit terbalik, jalan ditutup

Sebuah lori yang membawa muatan sawit terbalik, jalan ditutup

Rate info.4d5d6d.com

SEREMBAN – Sebuah lori membawa muatan minyak sawit terbalik di Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran jalan susur ke Senawang semalam menyebabkan muatan minyak tumpah ke atas jalan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, akibat tumpahan minyak itu, jalan berkenaan terpaksa ditutup sementara dan pengguna boleh menggunakan beberapa laluan alternatif.

“Kemalangan berlaku jam 7.15 malam kelmarin dan kerja-kerja membersihkan tumpahan minyak dilakukan pihak Bomba Senawang.

“Penutupan jalan itu (Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran simpang ke Senawang) ditutup kepada kenderaan sehingga satu tarikh yang akan diumumkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nanda berkata, atas faktor keselamatan, tiga laluan alternatif iaitu Jalan Senawang – Paroi (Pusat Dakwah Paroi Islamiah), Jalan Taman Lavender Heights (Jalan Seremban-Kuala Pilah) dan Jalan Kampung Sentosa (MAFA) boleh digunakan pengguna jalan raya. – COSMO! DALAM TALIAN

BACA SUMBER ARTIKEL