Saudara terdekat Muhammad Farouq Tan dicari

Saudara terdekat Muhammad Farouq Tan dicari

Rate info.4d5d6d.com

KUCHING: Hospital Bintulu sedang mencari waris atau ahli keluarga mendiang seorang lelaki mualaf berbangsa Cina dikenali sebagai Muhammad Farouq Tan Abdullah.

Menurut kenyataan akhbarnya di sini hari ini, mendiang dibawa ke hospital oleh orang awam ke Unit Kecemasan dan Trauma sebelum dimasukkan ke Wad Ortopedik pada 30 Mei 2022.

Muhammad Farouq meninggal dunia pada 20 September dan polis sedang berusaha untuk mengesan alamatnya dan waris atau ahli keluarga tetapi mereka gagal sehingga hari ini.

Jurucakap itu berkata mengikut laporan yang diterima, si mati adalah seorang lelaki Cina dari Pulau Pinang dan alamat terakhirnya ialah: No, 50 Lot 3681 Pusat Komersial Medan Jaya, Jalan Tun Hussien Onn 97000 Bintulu.

Begitu juga pihak hospital turut memohon bantuan orang ramai atau waris atau ahli keluarga untuk menghubungi Jabatan Kerja Perubatan Sosial, Hospital Bintulu di talian 086-859000 sambungan 2020 pada waktu pejabat (Isnin hingga Jumaat) atau Rumah Mayat, Hospital Bintulu di talian 086- 859000 samb 4401 secepat mungkin.

BACA SUMBER ARTIKEL