Rakyat Indonesia mengaku menipu orang tua untuk membeli delima merah
Berita

Rakyat Indonesia mengaku menipu orang tua untuk membeli delima merah

5/5 - (1 vote)

WhatsApp Image 2023 02 07 at 11.34.57

WhatsApp Image 2023 02 07 at 11.34.57

KUALA PILAH: Seorang lelaki warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Pilah, di sini hari ini, atas pertuduhan menipu warga emas untuk membeli delima merah yang dikatakan bernilai tinggi di Jelebu pada Disember tahun lalu.

Tertuduh, Salim, 44, yang berasal dari Tanjung Pinang, Medan, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Saiful Sayoti.

Berdasarkan pertuduhan, pada 9 Disember tahun lalu, kira-kira jam 10 pagi, tertuduh menipu seorang wanita warga emas berusia 68 tahun dengan memperdaya mangsa menyerahkan wang tunai berjumlah RM12,500.

Ia bagi tujuan membayar batu delima merah yang dikatakan bernilai tinggi dan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. Kesalahan itu dilakukan di tempat letak kereta Pasar Awam Kuala Klawang, Jelebu.

Justeru, tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh dalam rayuannya berkata, dia kesal dengan perbuatannya itu dan memaklumkan dia adalah ketua keluarga dan perlu menyara tiga anaknya berusia 18, 10 dan lapan tahun.

Majistret kemudian menjatuhkan hukuman penjara dua tahun lapan bulan dari tarikh sabitan berserta tiga sebatan dan denda RM8,000.

Difahamkan, tertuduh baharu sahaja terbabit dalam kumpulan penipuan menjual delima merah itu pada penghujung tahun lalu dan memasuki negara ini sebagai pelancong.UTUSAN.

 

Jawatan Rakyat Indonesia mengaku menipu orang tua untuk membeli delima merah muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.

[ad_2]

BACA SUMBER ARTIKEL

Related posts

Pendigitalan Puncak Borneo berjalan lancar: MP

info

Berita murid Padawan hampir diculik palsu, guru besar buat laporan polis

info

Pemimpin baru akan mengetuai Panglima Pahlawan Terengganu

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy