Rakam wanita buang air kecil, pekerja restoran asam pedas dijel lima tahun
Berita

Rakam wanita buang air kecil, pekerja restoran asam pedas dijel lima tahun

5/5 - (1 vote)

MELAKA: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap seorang pekerja restoran asam pedas selepas pemuda itu mengaku bersalah atas pertuduhan merakam gambar wanita sedang membuang air kecil.

Bagaimanapun, Majistret Mazana Sinin menangguhkan hukuman terhadap Muhammad Azizi Hazim Kamarudin, 18, kepada 11 Januari 2023 untuk menunggu laporan akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati telah mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan cara merakam gambar mangsa ketika sedang membuang air kecil tanpa pengetahuannya menggunakan telefon bimbit yang mengganggu kesantunan mangsa.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 3.35 petang di sebuah restoran asam pedas di Jalan Plaza Mahkota, Banda Hilir di sini pada 14 November 2022.

Tertuduh boleh dipenjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Peguam Muhammad Izzuddin Ab. Malek merayu hukuman terhadap anak guamnya diringankan dengan alasan kesalahan pertama, selain hanya berpendapatan RM350 seminggu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya J. Banusha mencadangkan jaminan RM8,000 dengan mengambil kira kesalahan dilakukan adalah serius.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin. – UTUSAN

BACA SUMBER ARTIKEL

Related posts

Dr Sim: Pengambilan penjawat awam bukan sahaja berdasarkan kuota etnik tetapi juga meritokrasi

info

Tiada kompromi terhadap gangguan idme KPM – Fadhlina

info

Patuhi fatwa terlarang untuk menyambut Hari Kekasih

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy