rafizi
Berita

Rafizi lancar petisyen bantah PRU15 semasa musim banjir –

Rate info.4d5d6d.com

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli melancarkan petisyen dalam talian bagi mengumpulkan bantahan orang ramai terhadap usaha mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 pada musim banjir.

Menerusi catatan Facebooknya, hanya suara rakyat yang boleh memberi isyarat jelas bahawa rakyat mahu ahli politik fokus menghadapi bencana banjir, bukannya mengejar jawatan politik melalui pilihan raya.

“Bantu saya menyampaikan suara anda kepada ahli politik. Tandatangani petisyen ini dan sebarkan kepada seramai mungkin orang melalui semua saluran. Saya hanya rakyat. Dengan bantuan ratusan ribu suara orang lain, suara kolektif kita akan didengari oleh ahli politik,” katanya.

Tambah Rafizi, pilihan raya umum ke-15 semasa banjir bermakna lebih RM1 bilion digunakan untuk menguruskan pilihan raya manakala dana lebih baik disalurkan kepada usaha pengurusan bencana selain ratusan ribu penjawat awam terpaksa bertugas untuk menguruskan pilihan raya apabila mereka sepatutnya bekerjasama dengan sukarelawan membantu mangsa banjir.

“Semua parti politik akan bersedia secukupnya apabila PRU15 dipanggil. Isunya bukan parti politik berkempen walaupun banjir.

“Isu utamanya ialah semua pihak perlu menggembleng tenaga untuk menghadapi banjir dan segala perkara yang boleh tertangguh atau dielakkan perlu ditangguhkan dahulu,” katanya.

Menurut Rafizi, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob didakwa mendapat tekanan hebat daripada UMNO untuk mengadakan PRU15 secepat mungkin dan sekiranya Parlimen dibubarkan dalam tempoh sebulan dari sekarang, pilihan raya akan diadakan pada musim banjir.

Malah, jelas semua laporan cuaca meramalkan bencana banjir lebih teruk pada tahun ini dan musim tengkujuh masih belum tiba, banjir kilat terus berlaku di tempat yang sebelum ini tidak mengalami bencana banjir teruk.

“Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berbangga UMNO sanggup mengharungi banjir demi PRU15 lebih awal,” katanya. –UTUSAN



[ad_2]

BACA SUMBER ARTIKEL

Related posts

Tiada kompromi terhadap mereka yang melanggar idME, sistem MOEIS

info

Wilayah Fujian berharap untuk perdagangan dua hala yang lebih rapat dengan Sibu

info

Mojo, Aweera hapus sengketa

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy