PRU15: PH Terengganu mahu buat kejutan
Berita

PRU15: PH Terengganu mahu buat kejutan

Rate info.4d5d6d.com

KUALA TERENGGANU: Pakatan Harapan (Ph.D) Terengganu mahu membuat kejutan dengan memenangi beberapa kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menampilkan calon lebih berkarisma mampu menang.

Pengerusinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, hasil mesyuarat khas PH Terengganu yang diadakan Sabtu lalu, pihaknya turut bersetuju meletakkan calon di semua lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU-15.

Bagaimanapun, katanya, pembahagian kerusi membabitkan parti komponen PH iaitu Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan dibincangkan semula dalam masa terdekat.

“Buat masa ini, belum ada kata putus mengenai jumlah kerusi yang akan diagihkan kepada parti komponen, sebaliknya fokus PH Terengganu adalah untuk memperkasakan gerak kerja dan kerjasama semua jentera parti.

“Struktur kepimpinan PH Terengganu juga telah diperkemas dan kami bersedia memasuki arena pertempuran bila-bila masa dari sekarang, sebaik sahaja parlimen dibubarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Raja Kamarul Bahrin yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, kepimpinan PH Terengganu kini semakin kukuh dengan kehadiran dua timbalan pengerusi yang baharu dilantik iaitu Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengerusi DAP negeri, Ng Chai Hing.

Selain itu, Raja Kamarul Bahrin yang juga Pengerusi Amanah Terengganu berkata, mesyuarat khas itu turut bersetuju melantik Datin Faizah Ariffin sebagai Ketua Wanita PH Negeri manakala jawatan Ketua Pemuda PH Terengganu diketuai Zamir Ghazali.

“Dengan gabungan pemimpin hebat berpengalaman luas daripada ketiga-tiga parti ini, PH Terengganu yakin mampu melakukan kejutan pada PRU15 akan datang,” katanya.

Pada PRU-14 lalu, PH Terengganu turut meletakkan calon di semua 32 kerusi DUN dan lapan parlimen di negeri itu yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional, PAS dan PH.

Ketika itu, PH memberi 10 kerusi DUN dan tiga kerusi Parlimen kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) manakala Amanah (tiga Parlimen, 11 DUN) dan PKR (dua Parlimen, 11 DUN).

Walaupun gabungan PH berjaya membentuk kerajaan pusat dan merampas Putrajaya daripada BN, permainan itu tidak berjaya di Pantai Timur kerana PH tidak memenangi satu kerusi pun di negeri Terengganu. –UTUSAN



[ad_2]

BACA SUMBER ARTIKEL

Related posts

BITe Expo 2023 menyasarkan 620 usahawan francais baharu

info

Bajet 2023: Tindakan lebih radikal, pacu pelaburan, rahmah rakyat

info

Skuad tinju Sarawak adalah juara keseluruhan negara

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy