Berita

Polis menerima tujuh laporan kes kebakaran Jakel

5/5 - (1 vote)

SHAH ALAM – Sebanyak tujuh laporan polis diterima berkaitan kes kebakaran Wisma Jakel di Seksyen 7 di sini termasuk kejadian terbaru tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, semua laporan itu diperoleh pihaknya sejak kebakaran awal di syarikat tekstil itu semalam.

“Tujuh laporan itu masing-masing tiga daripada pihak Jakel, tiga peniaga premis berhampiran dan seorang daripada orang awam.

“Bagaimanapun, tiada laporan berhubung spekulasi dan unsur fitnah di media sosial diterima polis,” katanya ketika meninjau lokasi kejadian hari ini.

Jelasnya, siasatan kebakaran diserahkan sepenuhnya kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Selangor.

“Polis akan menjalankan siasatan lanjut selepas menerima laporan penuh berhubung perkara itu nanti. Ini termasuk jika terdapat perbuatan membakar individu atau unsur jenayah lain.

“Kita juga menempatkan anggota polis untuk melakukan pemantauan selain Balai Polis Bergerak di lokasi berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Iqbal memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai kejadian itu di media sosial.

“Kami mendapati masih banyak spekulasi viral termasuk dakwaan berkaitan tuntutan insurans oleh Jakel.

“Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Shah Alam, Dr Nor Fuad Abdul Hamid berkata, semua premis termasuk dua bank di kawasan itu diarah tutup sepenuhnya.

“Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengikut arahan yang dikeluarkan pihak bomba yang masih menjalankan siasatan dan pemantauan di tempat kejadian.

“Semua premis di kawasan lain bagaimanapun masih beroperasi setakat ini,” katanya. -COSMO! DALAM TALIAN



[ad_2]

BACA SUMBER ARTIKEL

Related posts

Wang Cepat Habis? 10 Cara Menjimatkan

info

Anwar curi masa main cucu

info

Adakah Kementerian Pendidikan akan bertanggungjawab ke atas keselamatan anak-anak kita?

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy