Pihak saya tak minta PRU pun bila banjir - Reezal Merican
Berita

Pihak saya tak minta PRU pun bila banjir – Reezal Merican

Rate info.4d5d6d.com

CYBERJAYA: “Pihak saya tidak minta pun adakan (Pilihan Raya Umum ke-15) semasa banjir, tetapi parti saya yang banyak membantu rakyat semasa banjir”.

Itu yang ditegaskan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, yang menegaskan UMNO tidak pernah membuat keputusan untuk mengadakan PRU15 pada musim tengkujuh atau banjir.

“Saya nak ulang, bila kita nak adakan PRU semasa banjir waima UMNO sedang mencari untuk mengadakan PRU sebelum musim banjir bermula, saya nak tanya adakah kita tahu bila banjir akan berlaku?

“Sebab itu saya kata dari awal kerana kita tidak tahu bila banjir, kita berjaga-jaga untuk kedua-dua keadaan kerana andaian selalu diberi UMNO nak adakan PRU bila banjir,” katanya. , yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai petisyen dalam talian yang dilancarkan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli bagi mengumpul bantahan orang ramai terhadap usaha mengadakan PRU15 pada musim banjir.

Terdahulu, Reezal menyaksikan penyerahan kunci secara simbolik kepada 10 pemilik pertama fasa pertama The Mulia Residences (TMR) oleh Kumpulan Emkay di sini hari ini.

Ahli Parlimen Kepala Batas itu berkata beliau telah membaca kenyataan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa PRU15 diadakan sebelum musim banjir, tetapi ia hanyalah andaian daripada Ketua Pemuda UMNO.

Ini kerana katanya, ketetapan PRU15 akhirnya perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Saya dengar Dr Asyraf kata buat PRU15 sebelum waktu banjir dan pada andaian beliau, mengikut laporan sebelum ini dan juga laporan yang beliau perolehi ada tempoh-tempoh yang boleh dilakukan sebelum banjir, yang paling penting ialah akhirnya. keputusan yang perlu adalah perkenan Baginda.

“Tetapi soal mengadakan pilihan raya umum semasa banjir, semua tidak akan bersetuju, malah parti saya tidak akan bersetuju kerana parti saya akan meletakkan kepentingan rakyat jauh lebih daripada isu pilihan raya umum kerana nasib dan kehidupan rakyat. lebih penting,” jelasnya.

Reezal berkata, apa yang penting perjalanan PRU15 tidak dilakukan ketika berlaku bencana atau keadaan yang boleh meletakkan rakyat dalam keadaan berisiko.

“Itu juga pendirian parti saya UMNO dan BN (Barisan Nasional), saya tegaskan,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai mesyuarat MKT UMNO yang akan diadakan Jumaat ini, Reezal berkata beliau tidak mengetahui lebih lanjut mengenai intipati perkara yang akan dibincangkan sambil berkata ia hanya pertemuan biasa. – UTUSAN



[ad_2]

BACA SUMBER ARTIKEL

Related posts

Jurgen Klopp adalah sebab Sadio Mane berpindah ke Bayern

info

Visa Malaysia: Semakan Dalam Talian www.imi.gov.my & Permit Kerja

info

Polis menerima tujuh laporan kes kebakaran Jakel

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy