Pengarah urusan Jepun itu ditemui mati digantung
Berita

Pengarah urusan Jepun itu ditemui mati digantung

Rate info.4d5d6d.com

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga Jepun yang merupakan pengarah urusan sebuah syarikat ditemui mati tergantung pada alang besi di sebuah kilang aluminium di Kawasan Perindustrian Ringan Sungai Tukang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki kira-kira jam 7.55 pagi, semalam.

“Arwah berusia 47 tahun ditemui tergantung pada alang besi menggunakan tali nilon di tingkat bawah kilang.

“Jarak ketinggian dari tingkat kilang adalah kira-kira lima meter dan terdapat tangga di sebelah arwah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil temu bual dengan saksi kejadian mendapati lelaki warga asing terbabit merupakan pengarah sebuah syarikat dengan syarikat induk yang terletak di Jepun.

“Mangsa sudah hampir 10 tahun bekerja dengan syarikat itu. Dia juga sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang berada di negara asalnya,” katanya.

Menurutnya, mangsa menceritakan keadaan syarikat yang mengalami masalah kewangan sejak dua tahun lalu.

“Siasatan lanjut di tempat kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah dan beberapa sampel telah diambil untuk tujuan ujian lanjut,” katanya.

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar dekat sini untuk bedah siasat.

Mana-mana individu yang mengalami kemurungan atau tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Sokongan Kesihatan Mental dan Psikososial (MHPSS) di talian 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di talian 019-2615999. – COSMO! DALAM TALIAN



[ad_2]

BACA SUMBER ARTIKEL

Related posts

Percepatkan projek tebatan banjir di Kota Tinggi

info

Tiga penyamun gagal merompak anggota polis yang meronda

info

Ketua UMNO Beruas enggan menjadi calon

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy