Memanggil 53 kenderaan dalam masa kurang 3 jam
Berita

Memanggil 53 kenderaan dalam masa kurang 3 jam

Rate info.4d5d6d.com

139ac176 ad4d 464c b62c f49bf2e58446

139ac176 ad4d 464c b62c f49bf2e58446

BUTTERWORTH: Sebanyak 53 kenderaan telah didakwa atas pelbagai kesalahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di sekitar Jalan Ampang Jajar, di sini Sabtu lalu.

Menurut JPJ Pulau Pinang dalam satu kenyataan, operasi selama dua setengah jam itu bermula kira-kira jam 9 pagi dan melibatkan seramai 12 anggota.

Menurut kenyataan itu, penguatkuasaan dilakukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Peraturan di bawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Beliau berkata, secara keseluruhan, sebanyak 297 kenderaan diperiksa dalam operasi itu.

“Antara kesalahan yang dikesan termasuk tidak memiliki lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

“Selain itu, terdapat beberapa kesalahan teknikal lain yang turut dikesan seperti menggunakan cermin gelap, lampu isyarat kenderaan dan brek tidak berfungsi, mengubah suai motosikal tanpa kebenaran serta nombor pendaftaran yang tidak mematuhi spesifikasi yang dibenarkan,” katanya.

Dalam pada itu, JPJ Pulau Pinang turut menasihati pengguna jalan raya di negeri ini supaya mematuhi peraturan dan undang-undang semasa memandu.

Pada masa sama, mereka juga diingatkan supaya memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan selamat ketika berada di jalan raya. – UTUSAN

Jawatan Memanggil 53 kenderaan dalam masa kurang 3 jam muncul pertama kali pada Utusan Malaysia.

[ad_2]

BACA SUMBER ARTIKEL

Related posts

Laporan: Pusat Persidangan Serian RM87 juta dijangka siap menjelang Mac

info

Cukai Pendapatan: Cara Mengira Bayaran Balik LHDN Untuk Lebihan Bayaran

info

Tiada kompromi terhadap gangguan idme KPM – Fadhlina

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy