Lima remaja tidak bersekolah ditahan kerana menceroboh masuk ke dalam sekolah
Berita

Lima remaja tidak bersekolah ditahan kerana menceroboh masuk ke dalam sekolah

Rate info.4d5d6d.com

ISKANDAR PUTERI – Lima remaja lelaki ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam beberapa kejadian pecah sekolah di sekitar kawasan Gelang Patah, di sini pada 19 dan 26 September lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 15 hingga 17 tahun dan tidak bersekolah.

Katanya, antara sekolah yang terlibat dalam kejadian pecah sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Nusa Perintis 1 dan SK Taman Nusantara.

“Modus operandi kes ini ialah mengutip pintu dan memotong kunci gril dan seterusnya menggeledah pejabat dan bilik guru sekolah.

“Antara kerugian adalah kehilangan Huawei Tab 10 inci dan wang tabung sekolah membabitkan kerugian kira-kira RM2,000,” katanya.

Sehubungan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek kini direman tujuh hari.-KOSMO! DALAM TALIAN



[ad_2]

BACA SUMBER ARTIKEL

Related posts

Gerakan eyes one Parliament, seven state seats in N. Sembilan in GE15, says president

info

19,600 orang mati kelaparan setiap hari – Jokowi

info

Tawaran rebat cukai MBSJ dilanjutkan sehingga 31 Mac

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy