Larangan menangkap loma untuk mengelakkan kepupusan
Berita

Larangan menangkap ikan loma untuk mengelakkan kepupusan

5/5 - (1 vote)

BATU GAJAH: Tindakan Jabatan Perikanan Negeri memperkukuh larangan menangkap ikan loma di Sungai Rui di Gerik bertujuan untuk memulihara spesies ikan daripada kepupusan.

Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Razman Zakaria berkata, ini berikutan jumlah spesies ikan di sungai itu semakin berkurangan.

Menurutnya, larangan menangkap ikan dibuat dalam tempoh dua minggu baru-baru ini juga bertujuan mendidik masyarakat supaya tidak menangkap spesies itu dalam tempoh ditetapkan.

“Larangan itu dilaksanakan di bawah seksyen Jabatan Perikanan negeri bagi tujuan pemuliharaan sumber di Sungai Rui di Gerak. Ini penting bagi memastikan sumber perikanan tidak hilang.

“Seperti di negara barat, ada musim salmon. Bila ikan ini hendak bertelur, ikan ini akan pulang dan jinak, negara barat sudah mendidik rakyatnya, jadi mereka tidak menangkap ikan ketika itu,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis penutupan Program Pemantapan Keselamatan Air Komuniti Nelayan Negeri Perak di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara di sini semalam.

Razman berkata, bagi ikan loma, setiap Ogos, September dan Oktober di Sungai Rui, spesies ikan itu pulang untuk melepaskan telurnya.

Katanya, keadaan itu menarik minat orang ramai untuk menangkap ikan berkenaan sehingga diadakan kenduri.

“Apabila ada pesta memancing ikan loma, kita bimbang ia akan pupus.

“Jadi mengikut peraturan Jabatan Perikanan negeri, kita tutup atau haramkan menangkap ikan selama dua minggu pada September ini supaya ada ikan yang boleh bertelur selain menjaga kelestarian ikan ini.

“Seperti yang kita lihat di Sungai Perak sendiri, banyak sumbernya yang sudah mengalami kepupusan. Contohnya ikan temoleh, sebab itu menjadi tanggungjawab Jabatan Perikanan untuk memulihara ikan ini, apatah lagi ketika ini tiada kesedaran. kalangan masyarakat kita dalam perkara ini,” katanya.

Ditanya sama ada tempoh larangan itu akan dilanjutkan, Razman berkata kajian mengenainya akan dibuat dari semasa ke semasa.

“Kita tidak mahu pada masa hadapan apabila sebut ikan loma, spesies ini sudah tiada, kita boleh bercerita sahaja. Jadi kita nak pastikan perkara ini dapat diteruskan,” katanya.

Sebelum ini, Utusan Malaysia menyiarkan keluhan penduduk di sepanjang Sungai Rui di Gerik yang kecewa apabila tidak lagi merasai kemeriahan tradisi ‘membakar’ ikan loma pada musim hujan yang dilakukan masyarakat setempat sejak berpuluh tahun lalu.

Pengerusi Persatuan Anak Gerik Perantauan, Tajuddin M. Ali berkata, ia berikutan papan kenyataan awam mengenai larangan menangkap ikan di sungai berkenaan bermula minggu kedua hingga minggu ketiga September di sepanjang Sungai Rui yang dipasang. oleh Jabatan Perikanan negeri.

Menurutnya, walaupun tempoh larangan telah tamat, penduduk masih takut untuk ke sungai menangkap ikan. – UTUSAN

[ad_2]

BACA SUMBER ARTIKEL

Related posts

Konsortium untuk pembeli pembangunan Pacific City

info

Pembinaan laluan di Taman Selera Muhibbah akan bermula Khamis, kata Tiang

info

Pekerja binaan tertimbus, mati di tingkat 51 banggunan

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy