'Kami hanya mengejar kemenangan'
Berita

‘Kami hanya mengejar kemenangan’

5/5 - (1 vote)

KUALA LUMPUR: “Ini rumah kami, rumah kami, hanya kemenangan menjadi rebutan Harimau Malaya. Kami tidak akan sesekali membenarkan orang luar sewenang-wenangnya memasuki rumah kami.”

Itu semangat yang diberikan kapten Harimau Malaya Faisal Halim kepada semua pemain negara menjelang pertemuan ‘hidup dan mati’ menentang Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan B.Piala AFF di Stadium Negara, Bukit Jalil malam ini.

Tegasnya, semangat dan emosi anak buah Kim Pan Gon sudah pulih selepas tewas dalam aksi kontroversi menentang Vietnam, Selasa lalu.

Mereka bersedia menyerang, mencari gol dan memburu kemenangan kerana sedar seri atau kalah akan menyingkirkan Malaysia daripada ‘Piala Dunia Asia Tenggara’.

“Saya tidak nafikan kami kecewa selepas kekalahan tetapi selepas beberapa hari emosi kami bertambah baik dan kami kini kembali bermain untuk pasukan kebangsaan,” katanya.

Faisal berkata, selepas lebih sebulan bersama dan sanggup tidak bercuti demi Malaysia, dia dan rakan sepasukan hanya menjanjikan persembahan menarik di hadapan peminat.

“Sebagai pemain bola sepak, kami sentiasa bersedia dipanggil skuad kebangsaan, kami bersatu untuk Malaysia.

“Walaupun ada antara kami yang pertama kali mewakili Malaysia tetapi dengan bantuan jurulatih Kim Pan Gon, mereka kini boleh menyesuaikan diri dengan pasukan.

“Kami akan mengikut perancangan jurulatih dan kami hanya mahukan kemenangan,” tegasnya.

Mengambil contoh perlawanan menentang Turkmenistan dalam aksi antarabangsa, baru-baru ini, Faisal melahirkan keyakinan Harimau Malaya mampu mengulangi aksi baik menentang Singapura.



[ad_2]

BACA SUMBER ARTIKEL

Related posts

Van Dijk muncul wira Belanda ke separuh akhir

info

Kerabat Arab Saudi didakwa memberi Najib AS$100 juta

info

Maritim Malaysia perlukan 700 anggota baharu

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy