DJ Rancangan Ellen DeGeneres membunuh diri
Berita

DJ Rancangan Ellen DeGeneres membunuh diri

5/5 - (1 vote)

Seorang joki cakera atau DJ di The Ellen DeGeneres Show, Stephen Boss, ditemui mati dalam kejadian disyaki membunuh diri di sebuah hotel di Encino, Los Angeles pada pagi Selasa.

Berita sedih itu dikongsi isterinya yang juga seorang penari, Allison Holker selepas merasakan sesuatu yang mencurigakan menimpa Boss, 40, sebaik meninggalkan rumah mereka secara tiba-tiba.

Ibu kepada tiga anak itu membuat laporan polis yang kemudiannya memaklumkan penemuan mayat suaminya yang didakwa mati dengan kesan tembakan.

“Dengan berat hati saya memaklumkan kepada suami bahawa Stephen telah meninggalkan kami. Dia seorang yang sangat menghargai keluarga, rakan dan orang sekeliling.

“Dia adalah tulang belakang keluarga kami, suami dan bapa terbaik serta sumber inspirasi kepada semua yang mengenalinya,” kata wanita berusia 34 tahun itu di media sosialnya.

Holker yang meminta orang ramai memberi ruang peribadi kepadanya dan kanak-kanak turut mendedikasikan kompilasi video tarian keluarga mereka.

“Stephen, kami sayangkan awak, rindukan awak dan saya akan sentiasa simpan tarian terakhir untuk awak,” tulisnya, menyentuh hati ramai.

Boss terkenal sebagai DJ di Ellen Degeneres dari 2014 hingga 2022 selain bertanggungjawab sebagai pengacara dan penerbit eksekutif program ceramah.

Sebelum ini, DJ selebriti itu mula mendapat perhatian apabila menjadi naib juara So You Think You Can Dance 2008.

Dia kemudian dijemput sebagai juri program realiti bersama JoJo Siwa dan Leah Remini.

Mendedahkan latar belakangnya sebagai koreografer profesional, Boss telah muncul dalam filem tarian popular termasuk Hairspray, Step Up: Revolution dan Magic Mike XXL.

Bersama Holker, pasangan terbabit mendapat kepercayaan menguruskan siri Disney+ Fairy Tale Weddings Disney selama dua tahun bermula 2018.

Sementara itu, Ellen DeGeneres turut meluahkan rasa sedih atas kehilangan rakan sekerja yang sudah dianggap sebagai keluarga sendiri dan turut berkongsi gambar mereka berpelukan di Twitter. – COSMO! DALAM TALIAN

[ad_2]

BACA SUMBER ARTIKEL

Related posts

Mereka yang terlepas melihat Musytari perlu menunggu 107 tahun lagi

info

Harum Malam Dain Said world tour

info

Chong: Tidak perlu MPP mempunyai ibu pejabat baru RM60 juta sekarang

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy