DAP kemukakan dasar berdepan negara lama -
Berita

DAP kemukakan dasar berdepan negara lama –

Rate info.4d5d6d.com

KUALA LUMPUR: DAP akan membentangkan rancangan bagi menghadapi cabaran Malaysia sebagai negara menua iaitu Pelan Kesediaan Ekonomi Masyarakat Peduli dan Menua Nasional (SiagaJaga) yang memberi manfaat kepada semua pihak terbabit.

Ahli Jawatankuasa Pelan Tindakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) DAP Kebangsaan, Howard Lee Chuan How berkata, SiagaJaga akan menjadi salah satu manifesto Pakatan Harapan (PH) dengan tujuan menawarkan penyelesaian kepada cabaran itu.

Menurutnya, SiagaJaga akan memasukkan agenda dan pelan tindakan yang akan memfokuskan kepada tiga tonggak iaitu penjaga, penerima asuhan dan institusi untuk mengatasi cabaran Malaysia menjadi negara yang semakin tua.

“Dalam ekonomi yang semakin mencabar ini, menunaikan tanggungjawab menjaga warga emas mungkin menjadi penghalang kepada sesetengah golongan untuk mencapai kerjaya dan potensi profesional mereka.

“Malah, ada golongan yang disekat untuk menyara keluarga, terlalu kerap kita mendengar dan melihat golongan muda terpaksa memilih untuk terus bekerja atau menjaga warga emas.

“Ini bukan pilihan manusia, ia adalah pilihan yang harus kita elakkan. Kita tidak boleh membenarkan individu membuat pilihan antara satu dan yang lain,” katanya pada sidang media, di sini.

Menurut definisi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia kini tergolong dalam kategori negara menua dengan penduduk berumur 65 tahun ke atas sudah melebihi tujuh peratus.

Sementara itu, mengikut trajektori Kadar Kelahiran Kasar (CBR), Kesuburan Keseluruhan (TFR), Kadar Kematian Kasar (CDR) Malaysia akan menjadi negara lama menjelang 2045 dengan peningkatan 17 peratus rakyatnya berumur 65 tahun ke atas.

Howard Lee berkata, sebagai kerajaan masa depan yang berpandangan ke hadapan, PH akan menyuntik sejumlah pelaburan awam dan menggalakkan pelaburan swasta ke dalam sektor perkhidmatan dan infrastruktur penjagaan serta sistem perlindungan sosial yang lebih inklusif dan komprehensif.

“Ia akan dimulakan dengan pihak berkuasa merentas kementerian yang akan diketuai oleh Menteri Sosial dan Kebajikan Keluarga dan termasuk kementerian lain. Kita akan bentangkan kepada Parlimen dan semua rakyat Malaysia tentang SiagaJaga,” jelasnya. –UTUSAN



[ad_2]

BACA SUMBER ARTIKEL

Related posts

ATM menerima peruntukan RM10 juta untuk membeli aset tahan banjir

info

Cara pendekatan bawah ke atas untuk membangunkan Tebedu, kata wakil

info

Jangan terlalu selesa, bongkak dan kurang memikirkan kumpulan lain, kata Anwar

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy