Buruh itu mengaku tidak salah memukul isterinya
Berita

Buruh itu mengaku tidak salah memukul isterinya

Rate info.4d5d6d.com

KOTA BHARU: Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memukul isterinya ketika mereka dalam kereta di Panji, dekat sini, dua bulan lalu.

Tertuduh, Mohd. Asrol Kamal Mohd. Asri, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Izdham Naim Che Ani.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan keganasan jenayah menggunakan tangan terhadap isterinya yang berusia 25 tahun.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh menaiki kereta ketika berada di Kampung Langgar Tapang, Panji kira-kira jam 12.01 tengah malam 15 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Yusnaliza Mohammad Yusoff manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Negara (YBGK), Siti Atikah Abd. Halim.

Terdahulu, Yusnaliza menawarkan jaminan RM8,000 dengan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Siti Atikah dalam rayuannya meminta mahkamah membenarkan ikat jamin kerana tertuduh merupakan nafkah tunggal kepada isteri dan tiga anaknya yang menganggur.

“Tertuduh juga menyokong kedua ibu bapanya. Jadi, saya mohon jaminan rendah ditetapkan untuknya,” katanya.

Mahkamah membenarkan jaminan RM3,800 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Kes disebut semula pada 20 Disember lalu dan tertuduh kemudian membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah. – UTUSAN

[ad_2]

BACA SUMBER ARTIKEL

Related posts

Foo Bao pencipta revolusi barang kemas

info

Lelaki ditahan berhubung kebakaran kecil di pintu masuk bank Sibu

info

Menjelang pembentangan semula belanjawan, Anwar berkata mencari penyelesaian supaya orang ramai tidak perlu masuk ke dalam simpanan KWSP

info

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy