Bomba menghantar 46 pek makanan kering kepada penduduk Rh Sumpun

Bomba menghantar 46 pek makanan kering kepada penduduk Rh Sumpun

5/5 - (1 vote)

sbw 040323 pb flood

Anggota bomba menghantar barangan makanan kepada penduduk Rh Sumpun. – Foto Bomba

SIBU (4 Mac): Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) menghantar 46 pek makanan kering kepada penduduk Rh Sumpun 46 pintu di Sungai Selidap, Sarikei selepas laluan masuk mereka terputus akibat banjir.

Jurucakap pusat operasi Bomba Sarawak berkata, bahan makanan itu termasuk beras disalurkan daripada Jabatan Kebajikan Bahagian Sarikei.

“Operasi penghantaran barang-barang ini dijalankan dari 8.51 pagi hingga 9.35 pagi hari ini,” kata jurucakap itu.

Turut hadir pada operasi itu ialah pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarikei Rohaini Kipli.










KREDIT UNTUK SUMBER ARTIKEL. SILA KE LAMAN WEB ARTIKEL