Ayam Lemak Cili Api

Ayam Lemak Cili Api

Rate info.4d5d6d.com

Hidangan istimewa kali ini ialah, ayam masak lomak cili api versi video baharu. Che Nom mendapat resepi ini daripada orang di Negeri Sembilan, yang dengan baik hati menulis resipi dan mengajar Che Nom cara membuatnya. Pertama kali mencuba, rasanya memang sedap. Sejak itu, Che Nom selalu memasak kerana ia menjadi makanan kegemaran di rumah. Ya, kalau ala nogori, memang tak ada bawang dalam masak lemak ni.. bagi Che Nom, yang lebih sedap adalah lebih kepada teknik memasak, dan kualiti bahan yang kita gunakan. Che Nom akan pastikan guna semua bahan segar kalau nak masak lemak cili ni contohnya santan, kunyit hidup.. kuah jadi pekat dan lebih wangi. //Bahasa Melayu ———————————— 10-20 tangkai cili 2-3 inci kunyit hidup padi ( **Atau ½ sudu besar serbuk kunyit) Sedikit air 1.5kg /1 ekor ayam 2 batang serai 2 biji kentang Santan pekat (dari 1 biji kelapa) **atau 2 kotak kecil santan segera Garam secukup rasa 1 helai daun kunyit 2 keping asam gelugor Serbuk perasa (jika suka) //Bahasa Inggeris ———————————— — 10- 20 biji cili api 2-3 inci kunyit segar (** ATAU ½ sudu besar serbuk kunyit) Sedikit air 1.5 kg/ 1 ekor ayam 2 serai 2 biji kentang Santan pekat (dari 1 biji kelapa) **Atau 2 biji kecil kotak perahan krim kelapa Garam secukup rasa 1 daun kunyit 2 hirisan asam jawa Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook #resepichenom

source

25 comments

  1. Salam..ya Allah mng padu bossku..
    Selama ni xpenah tau cara ni..slalu masak l.c.a..letak bawang..follow step che nom mng terangkat..letak garam je cukup xyah perisa..aji bagai..jimat mudah dan pastinya sedap/enak.tq che nom kongsi..sangat luarbiasa..aamiin

  2. Terima kasih bagi resepi terbaik sagat sedap ..dulu saya x tahu masak lemak cili api , skarang saya dah pandai terima kasih banyak2 kongsi dg kami semua ..

  3. Salam Che Nom, saya gunakan resepi ni tapi tambah tempoyak & ganti protein udang instead of ayam. Sedap sangat!!!!!! Terima kasih Che Nom. Banyak resepi Che Nom yg saya follow untuk belajar masak 🥰

  4. Happy sy tgk Che Nom share resipi dan cara masak lemak cili api ori nismilan. Mmg ramai suka letak bawang pdhal tanpa bawang lg sodap well done che nom!

Comments are closed.