tv 3 malaysia

3 Juara | Azizul | Irama Malaysia | Minggu 3

5/5 - (1 vote)



Tonton episod penuh di : 3 Juara ialah rancangan realiti nyanyian eksklusif penuh liku-liku yang menampilkan tiga komposer hebat tanah air mewakili tiga genre iaitu Edrie Hashim untuk Rock, Ajai untuk Balada dan Pak Ngah untuk Irama Malaysia demi mencari seorang juara bagi setiap satu. genre. Seramai 24 peserta yang telah dipilih akan bersaing sesama mereka daripada setiap genre sehingga ke peringkat akhir bagi merebut gelaran juara genre masing-masing. Mereka semua akan diadili oleh juri profesional iaitu Datuk Rossa sebagai hakim kategori Balada, Awie sebagai hakim kategori Rock dan Noraniza Idris sebagai hakim kategori Irama Tradisional. Hadiah wang tunai melebihi RM 300,000 disediakan untuk dimenangi. Rancangan realiti 3 Juara akan disiarkan secara langsung setiap Ahad jam 9 malam bermula 16 Oktober 2016 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Dihoskan oleh Issey Fazlisham, Mira Filzah dan Azizul Ammar. PROGRAM : 3 JUARA HARI / MASA : Ahad, 9.00 malam SALURAN : TV3 PENGACARA : Issey Fazlisham, Mira Filzah, Azizul Ammar JURI PROFESIONAL : Datuk Rossa, Awie, Noraniza Idris PENERBIT : Edrie Hashim, Ajai, Pak Ngah

LIHAT SUMBER VIDEO INI

43 comments

  1. Kerana suara sifu Azizul ni aku jadi minat kembali dgn irama malaysia…mmg perfect dr segi tone dan lenggok,syabas Azizul…😘😘😘

  2. Azizul… Saya org Indonesia, sata penggemar Iyeth Bustami jg, saya mau saran je, jangan bawa lagu ini dalam pusingan top 30, buat strategi, sekira top 5 atau grand final bolehlah, you bokeh dapat points banyak dari tingkat kesulitan lagu ni

  3. goodluck utk azizul dapat request dan tantangan lagu ini dari penyayi asal iyeth bustami. kalau ade head voice lagi buat diorang merinding nii.please do better dan buat kejutan2 yg hebat! caiyyokk!

Comments are closed.